Pages

Sunday, March 4, 2012

20. DELIMA

Salam Semua,

UNTUK mendapatkan kulit yang sihat sebenarnya amat dekat dengan diri kita. 

Bahan-bahan semulajadi yang sering digunakan di ruang dapur misalnya buah-buahan dan sayur-sayuran antara penawar mudah diperoleh selain menjimatkan. 

Apa kata minggu ini kita tinjau khasiat buah delima yang selalu di kawasan rumah dan mudah juga dibeli di pasar raya. 

Dari sudut kesihatan dan kecantikan, buah delima diakui kaya dengan anti oksida. Kandungan gula di dalamnya mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu. 

Cuba resipi skrub biji delima dan buat sendiri di rumah. Bahan-bahan ½ cawan biji delima ½ cawan gula putih 2 sudu besar minyak (boleh gunakan minyak zaitun, sayuran, avokado atau bunga matahari). 2 titik pati minyak (pilihan) Dalam mangkuk kecil, gaul biji delima dan gula. Tekan bahan-bahan tersebut menggunakan bahagian belakang sudu. campurkan minyak dan kacau rata. 

 Biji-biji delima akan mengeluarkan haruman segar apabila dihancurkan tetapi tidak salah jika anda ingin tambah pati minyak haruman kegemaran. Urut bahan skrub tadi pada kulit perlahan-lahan. Resipi ini cukup untuk urutan keseluruhan badan. Lebihan skrub boleh disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk tempoh sebulan. Selain untuk kecantikan, delima juga enak dicampurkan dalam teh yang mempunyai khasiat unik untuk kesihatan. 

Buah delima sememangnya dikenali untuk membantu kardiovaskular dan mendapatkan tekanan darah yang seimbang. Ia juga mengandungi sumber vitamin menakjubkan. 

Teh delima boleh dibuat dengan menggabungkan jusnya dan teh segar yang dibuat sendiri di rumah. Terpulang kepada anda untuk memilih teh yang digemari - sama ada teh hijau atau herba. Cuci bersih biji-biji delima dan tapis sebelum dikisar sehingga hancur. Berhati-hati kerana kesan delima sukar untuk dihilangkan. Tapis bahan tersebut sehingga mendapatkan jusnya. Untuk mendapatkan rasa segar dan melegakan cuba campur jus delima ke dalam teh chamomile. Anda juga boleh cuba mengabungkan jus tersebut dengan pudina atau ekstrak serai. Keluarkan uncang teh atau tapis minuman tersebut sebelum diminum. Terpulang kepada anda untuk mencampur sebanyak mana jus delima ke dalam minuman. Ia bergantung juga kepada teh yang anda pilih. Untuk menikmati kesegaran teh delima, tambah ketulan ais dalam minuman anda. Bagi menambah keenakan, perah sedikit jus lemon, anda pasti terpesona. 
Sumber : Utusan Malaysia. 

Firman Allah SWT ; فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمّانٌ } [ الرّحْمَنِ 68 ] ”Dalam syurga itu terdapat buah-buahan, kurma dan delima” Surah ar-Rahman ayat 68 

Delima manis rasanya, baik untuk perut, membersihkan kahak dan lendir pada dada, menymbuhkan penyakit batuk dan sakit paru-paru. 

Di antara khasiat delima yang manis ialah : 
1. Menguatkan usus 
2. membersihkan tekak 
3. ubat batuk 
Di antara khasiat delima yang masam ialah : 
1. menyucikan perut 
2. mencegah muntah 
3. melawas air kencing 
4. menghentikan cirit birit 
5. Menyembuh penyakit kuning 
6. menguatkan anggota badan 
7. mengurangkan panas badan 
8. mengurangkan lemak badan 

Sabda Rasulullah S.A.W ; 
"Makanlah delima dengan lemaknya, sebagai penyamak (pembersih) perut." 

Bagi mata yang kekuning-kuningan, perahkan air delima dan campurkan sedikit madu. Biji delima yang dicampur madu juga boleh mengubat bisul. 
 Sumber : www. Tayibah.com. 

Ada sumber lain mengatakan bahawa Buah Delima (Pomegranate) boleh Hilangkan Masalah Cacing - Delima sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. 

Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. 

Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.

Jadi selalu-selalulah amalkan makan buah delima, disamping berkhasiat untuk dalaman, ia juga dapat mencantik kulit dan sentiasa muda selalu.....:-)

No comments:

Post a Comment