Khasiatnya
 untuk perubatan telah diketahu turun temurun, menurut satu cerita jarum
 mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan selepas bersalin 
selepas melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari 
dan mengunyah rumput ini. 
Cara digunakan
 ialah satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus 
hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. Pastikan tidak 
terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan ke dalam rebusan kerana pengambilan
 berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan 
loya.
Selain dari mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif ia
 juga dapat mengubat penyakit keputihan dan menghilangkan sakit urat dan 
sengal badan dengan penyediaan yang sama.
Sumber dari sahabat Fb Amirul Muhammad ( GROUP HERBA  KHAZANAH WARISAN ).

No comments:
Post a Comment