62. KHASIAT CIKU
Salam semua
 Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk 
merawat masalah bawasir (buasir).  Caranya adalah dengan mengambil buah 
ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air 
panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan. 
Ada cara yang lain iaitu 7 biji ciku muda sebesar ibu jari direbus dan 
diminum air rebusannya setiap pagi. Jadikan ia sebagai amalan setiap 
hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega.
 
 Selain 
untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang 
tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit.  Sering 
memakan buah ciku juga dipercayai  dapat mengurangkan risiko untuk 
menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser.  Disamping itu, ciku 
juga kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya 
kalsium.

 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1 comment:
Salam. Mohon izin untuk kongsikan info ini diblog dan saya linkkan ke blog ini. Terima kasih.
Post a Comment