Pages
▼
Friday, May 29, 2009
SIFAT ANGGOTA ORGANISASI DAN CARA HADAPI
Ahli Sempurna (Perfectionist)
Sifat: Ingin semua sempurna dan tersusun, tidak percaya pada hasil kerja orang lain, tidak boleh berkompromi dengan standardnya sendiri.
Cara menghadapi mereka:
Berdiplomasi dan yakinkan dia boleh mengharapkan ahli lain melakukan sesuatu kerja.
Nyatakan standard asas yang boleh diterima dan tidak menghampakan organisasi.
Jika orang lain melakukan kesilapan, ajak ahli lain termasuk si ahli sempurna melihat dari aspek membina.
Terapkan tidak salah melakukan kesilapan, yang salah ialah tidak belajar dari kesilapan.
Pasti si ahli sempurna boleh bekerja dengan rakan sekerjanya. Jika boleh, berikan dia ruang memilih orang yang dipercayainya untuk bekerjasama.
Pengacau @ Penyibuk @ Busy Body
Sifat: Tidak boleh duduk diam atau senang duduk jika tidak kacau orang lain, tidak boleh duduk bersendiri dan diam membuat kerja, mengakibatkan produktiviti pasukan terganggu, merasakan diri mereka sebagai penghibur walhal perosak kerja orang lain.
Cara menghadapi mereka:
Berbincang secra tidak formal dengan mereka.
Katakan telatahnya menceriakan suasana tetapi mungkin kerana terlalu banyak maka mengganggu konsentrasi orang lain.
Jika keadaan berterusan, anda mungkin terpaksa mengambil tindakan drastik seperti mengasingkannya dari orang lain secara terhormat.
Agresif: “Siapa berani dengan aku… Siap!”
Sifat: Selalu hendak menang walaupun melukakan hati orang lain, ingin diiktiraf demi kepuasan peribadi.
Cara menghadapi mereka:
Serahkan tugas atau kerja yang boleh diawasi dengan teliti oleh anda.
Jangan berikan kerja yang bebas kerana akan susah mengawal keadaan haru-biru nanti
Sentiasa meneguhkan daya kepimpinan dan karisma kerana ini adalah senjata yang melumpuhkan mereka yang agresif.
Pelumba Pecut: Hanya dia mesti menang!
Sifat: Sentiasa ingin ke hadapan dan menonjol sehingga sukar dikawal, tidak suka orang lain lebih menonjol dari dirinya.
Cara menghadapi mereka:
Kawal dari awal.
Fokuskan cabaran dan pencapaian kepada prestasi terhadap pelanggan atau sasaran, bukan fokus sesama ahli pasukan.
Contoh: Jika sebuah Persatuan Kebajikan, maka fokus pada cabaran dan sasaran sejauh mana persatuan memberi khidmat terbaik kepada golongan susah, minskin dan memerlukan. Adakah kebajikan terbela? Bukannya berlumba sesama penggerak persatuan untuk tunjuk siapa hebat.
Jika ingin bersaing, pastikan persaingan itu sihat dan rasional.
Jika si pelumba pecut masih berdegil, asingkannya dari sumber persaingan. Berikan dia tugasan bersendirian.
Berdolak-dalik: Asyik beralasan saja!
Sifat: Suka beri alasan, alasan dan alasan, tidak berdisiplin, tidak komited dan tidak berdedikasi, kadangkala sudah ada stok alasan.
Cara menghadapi mereka:
Berikan arahan yang spesifik. Jangan terlalu umum sehingga memberi ruang untuk dia berdolak dalih.
Jika dia terus beralasan, jangan layan soalan atau dolak dalihnya. Terus nyatakan bila dateline tugasan dan beredar dari situ dengan senyuman.
Jika dia gagal melakukan satu tugas dan terus beralasan, jangan hanyut dengan alasannya. Fokus pada bagaimana dia hendak menyelesaikan kegagalan tugasnya.
Sentiasa berikan bimbingan kepadanya agar wujud rasa tanggungjawab untuk mencapai matlamat hidupnya dan organisasi. Dengan ini mereka berasa lebih bertanggungjawab dan tidak meletakkan kesalahan pada orang lain.
Sumber: Mengurus Kerja Berpasukan oleh Fadzli Yusof
No comments:
Post a Comment