Pages

Wednesday, May 20, 2009

SAMBUTAN HARI GURU~GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


'diriku insan biasa...tak sempurna dan berharta...ingin memetik wahaimu bunga...'

Joget lambak ke tu ayahanda? TAHNIAH BUAT AYAHANDA ATAS KENAIKAN PANGKAT DG 54

Guru-guru yang lahir bulan Jan-Mei diberikan keistimewaan memotong kek ( 2 + 1 )










Ucapan wakil pelajar

Membaca perutusan.





Salam Buat semua.


Pada hari Isnin 18.5.2009 yang lalu Sambutan Hari Guru disambut serentak bagi semua sekolah di Pantai Barat sementara Sekolah di Pantai Timur, sambutan diadakan pada Ahad 17.5. 2009.

SMK Seri Bemban ada agenda tertentu dalam memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru ini. Di awal pagi guru-guru diarak dengan paluan gompang dan bunga manggar. Di samping itu guru-guru dipayungi oleh pelajar sehingga ke pentas perhimpunan. Hari itu bukan hujan, tapi memayungi dan dipayungi adalah satu unsur simbolik yang menunjukkan bahawa di antara pelajar dan guru saling ada ikatan rapat dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan masing-masing. Di samping itu yang jelas dilihat ialah ia menunjukkan pelajar meraikan guru mereka pada hari yang berbahagia itu.

Sebelum kami menjejakkan kaki ke pentas perhimpunan, kami diarak melalui Platun KRS SMK Seri Bemban yang berbaris kiri dan kanan membentuk laluan sehingga ke pentas perhimpunan. Kemudian kami di persembahkan dengan persembahan kawat yang bertenaga dari KRS SMK Seri Bemban. Selesai sahaja persembahan kawat, kami diarak ke dewan kelas dan disambut dengan hamparan karpet merah

Selain dari membaca perutusan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran, kami dipersembahkan dengan beberapa persembahan dari pelajar dan guru-guru. Persembahan yang cukup dinantikan oleh semua pelajar dan guru adalah nyanyian dari ayahanda pengetua tercinta.Ayahanda pengetua mendapat tepukan gemuruh dari pelajar dan guru. Cukup tidak mengecewakan dan cukup terhibur sekali dengan persembahan beliau.

Selain itu, sama seperti tahun-tahun sebelumnya upacara padang yang diikutserta oleh guru dan pelajar menggamatkan lagi suasana sambutan hari guru. Keghairahan guru dan pelajar merebut kerusi dalam music chair cukup menghiburkan di mana guru tidak mengaku kalah kepada pelajarnya begitu juga pelajar cuba untuk mengatasi guru. Siapa yang menang? Sudah semestinya guru yang menang.

Jeritan semakin kuat bergema bila upacara tarik tali berkumpulan berlangsung di mana di mana petandingan tarik tali ini hanya dikhususkan kepada guru lelaki sahaja. Cukup meriah walaupun hanya dua acara yang dipertandingkan. Yang penting ikatan kasih sayang dan ikatan kekeluargaan di antara guru dan pelajar terjalin. Kemesraan di antara mereka boleh membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian akdemik mereka di mana pelajar tidak akan rasa segan silu untuk bertanya dan mengemukakan masalah yang dihadapi.

Acara akhir biasalah makan makan dan cabutan bertuah. Ramai di kalangan guru membawa pulang hadiah yang diberikan pelajar, tapi sebenarnya kami memang memerlukan hadiah tapi bukan berbentuk benda, sebaliknya hadiah yang paling berharga adalah usaha, kegigihan, ketekunan, iltizam dan ada jati diri dalam diri pelajar itu yang paling utama di samping hadiah kejayaan yang cemerlang dalam bidang peperiksaan PMR dan SPM. Itu saja yang kami inginkan

No comments:

Post a Comment