Pages
▼
Friday, May 29, 2009
PELBAGAI PERANGAI DALAM PASUKAN 2
Dalam kerja berpasukan, anda akan berhadapan dengan perangai ahli pasukan yang macam-macam! Anda tak boleh harapkan ahli pasukan prangai mereka semua sama sahaja kerana mereka adalah manusia. Fitrah alam ialah semua manusia punyai ciri-ciri mereka tersendiri, kekuatan dan kelemahan. Lagipun, pasukan yang disertai oleh ahli yang sama perangai atau homogenus bukanlah satu pasukan yang baik. Malah, amat membosankan!
Sir Alex Ferguson pada setiap awal musim tidak hanya menumpu pada mencari penyerang yang hebat, tetapi beliau juga memberi fokus memantapkan jentera pertahanan dan bahagian tengah.
Ertinya, Manchester United takkan jadi hebat kalau semua nak jadi penyerang. Sir Alex menggunakan kelebihan setiap pemain mengikut kemahiran mereka untuk menguatkan pasukan.
Oleh itu, sebagai pemimpin yang ada sifat team player, apakata kita teroka bagaimana nak hadapi ahli pasukan yang perangai mereka macam-macam;
Pendiam: Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Sifat: Lambat beri respon apatah lagi bercakap secara sukarela, cakap banyak tak penting. Yang penting ialah kerja.
Cara menghadapi mereka:
Selalu tanya soalan khusus kepada mereka
Elak tanya soalan tertutup (biasanya soalan bermula dengan “Adakah…” dan jawapannya ialah “ya”, “ah ah”, “entah”). Gunakan “Bagaimana…”, “Berapa…” dll.
Selepas tanya mereka soalan, diam seketika untuk beri ruang kepada mereka bercakap
Mat Jenin: Hati-hati panjat pokok
Sifat: Suka berkhayal dan mengelamun.
Cara menghadapi mereka:
Pastikan mereka tidak bekerja keseorangan supaya ada orag yang mengejutkannya jika terlalu lama mengelamun
Beri mereka kerja yang disukai mereka dan pelbagai kerana mereka gemarkan kebebasan dan ruang yang lebih liberal dan tak suka kerja rutin (asyik yang sama jer)
Tetapkan sasaran produktiviti, sasaran kerja dan ganjaran menarik untuk mereka.
Kera Sumbang: Ajar mereka bergayut
Sifat: Gemar bersendiri, suka pejabat tertutup, tersorok dan jarang dikunjungi, tidak suka aktiviti berpasukan, tak pandai bergayut @ bergaul.
Cara menghadapi mereka:
Latih mereka beransur-ansur untuk bergaul seperti ajak ke majlis ringkas, bukan majlis grand. Jangan memaksa dan mendesak.
Terokai kelebihannya, asah dan gunakan untuk kebaikan jangka masa panjang pasukan. Secara tidak langsung, ia jadi meningkatkan self-esteem dan pendorong untuk bersosial.
Mereka kurang gemar bersemuka. Manfaatkan sms, telefon dan email. Tetapi secara beransur, latih mereka melalui beri arahan separuh melalui telefon dan separuh dengan bersemuka.
Pekak Badak: Korek telinga mereka
Sifat: Tidak mendengar arahan dengan dengan kemudian menyalahkan orang lain, sambil lewa dengan apa yang orang cakap.
Cara menghadapi mereka:
Selepas beri arahan dan penjelasan kepada mereka, katakan, “Baiklah, saya dah terangkan semua arahan tadi kepada awak. Boleh awak ulang semula kot-kot ada yang tertinggal.”
Walaupun mereka dah ulang kerana kadang-kadang mereka hanya fotostat kata-kata anda, tanyakan, “Baguslah kalau awak dah faham tugas awak. Apa cadangan awak untuk pastikan hasil tugas yang lebih unik kali ni?”
Pastikan mereka mempunyai kaedah berkesan untuk ingatkan tugas penting yang mesti disempurnakan. Jika tidak, anda perlu ambil inisiatif memperingatkan mereka tugas yang diagihkan.
Si manja yang suka merajuk!
Sifat: Asyik mengeluh, merintih kepada pihak atasan. Merajuk dan merengek sebagai strategi menjadikan dirinya penting dan dihargai. Suka merajuk walau dalam hal remeh-temeh.
Cara menghadapi mereka:
Jangan beremosi dengam mereka. Pertimbangkan apa yang mereka ceritakan secara rasional, tenang dan matang.
Jelaskan kepada mereka secara mudah dan difahami.
Jika dia terus merajuk, jangan mudah tewas dengan rajuknya kerana lain kali merajuk akan jadi senjatanya.
Ajak mereka berdiplomasi dengan membina suasana matang dan diplomatik hingga mereka rasa kekok untuk merajuk macam budak-budak.
Pejuang Berani Mati
Sifat: Pak sanggup atas alasan mencapai matlamat organisasi dan sanggup berkorban. Sanggup kerja lebih masa, ambil tugas orang lain yang tertangguh dan tolong orang lain yang tidak mampu walau kerjanya sendiri dah bertimbun.
Catatan tambahan: Mereka di peringkat awal bagus, tapi lama-lama bila mereka tertekan akinat bebanan kerja, tekanan itu akan mereka pada orang lain, pasukan jadi tertekan dan lemah semangat.
Cara menghadapi mereka:
Kurangkan semangat kamikaze mereka dengan menyekat tugas-tugas orang lain yang terlampau banyak untuk diberi kepada mereka.
Latih mereka mengawal stres dan emosi.
Bincang secara peribadi dengan mereka bahawa semangat melampau-lampu akan memudaratkan pasukan dalam jangkamasa panjang.
Orang begini amat sayangkan organisasi. Oleh itu, ajak mereka berfikir secara tenang dan rasional jika demi kebaikan organisasi.
Orang begini biasanya amat sensitif. Oleh itu, anda juga harus sensitif dengan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka kerana itu yang mereka perlukan sehingga sanggup menerima apa sahaja kerja.
No comments:
Post a Comment