Pages

Wednesday, November 27, 2013

i Think

Pelaksanaan KBAT dan I-Think bermula tahun depan 2014.

i-THINK adalah satu program yang dipacu oleh Agensi Inovasi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid ke arah melahirkan murid yang kreatif dan berinovatif.

Apa yang diharapkan daripada program ini, dengan menggunakan Alat Berfikir ('thinking tools') murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif  di dalam kelas. Aktiviti banyak berpusatkan murid, prestasi murid meningkat dan hubungan guru dan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilatator.


8 Maps sebagai alat pemikiran berfikir

Wednesday, November 20, 2013

KATA-KATA MOTIVASI 1

Semua orang berfikir untuk mengubah dunia, tetapi tak satupun berfikir untuk mengubah diri sendiri
~ LEO TOLSTOY

Monday, November 18, 2013

BERTEMU KEMBALI..



Assalamualaikum semua rakan2 blog. Lama benar hamba tidak update rumah hamba ni. Bila hamba jejak kaki semula di sini, banyak jgk sawang2 di sini. Insya Allah jika hamba tidak busy, bermula hari ini hamba akan jenguk selalu di sini. Hari ini hamba mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menghadapi SPM 2013 buat semua calon SPM di seluruh Malaysia terutama untuk anak ke 5 hamba dan anak2 didik hamba pelajar SMKA TUN PERAK. Hamba sentiasa doakan moga kalian mendapat keputusan terbaik dan cemerlang dalam SPM nanti. Insya Allah. Amin.